DUNIA

Rakyat Jepun obses topeng bedah

Rakyat Jepun obses topeng bedah



SEORANG wanita memakai topeng dan mencuba cermin mata pelindung debunga di sebuah pusat beli-belah di Tokyo Sabtu lalu.


TOKYO - Musim bunga kembali di Jepun dan penduduk negara berkenaan kini dilanda demam fesyen terbaru iaitu memakai topeng bedah, lapor sebuah akhbar semalam.

Orang ramai dilihat memakainya setiap hari di pelbagai lokasi sama ada dalam kereta api, jalan raya, pejabat atau majlis jamuan.

Rata-rata topeng muka itu dijual sekitar harga AS$30 (RM107) bergantung kepada ketebalan, reka bentuk, warna dan corak.

"Masyarakat Jepun kini taksub memakai topeng bedah," kata seorang pakar sosiologi di sini, Kyle Cleveland.

Menurutnya, orang Jepun mengambil berat tentang kepentingan bersama dan pemakaian topeng muka adalah satu cara untuk mengelak menyebarkan penyakit.

Dianggarkan lebih 25 juta orang di Jepun mengalami alahan dan ketibaan musim bunga menyaksikan kes alahan pada debunga dan selesema meningkat mendadak di negara itu. - AP