Pelantikan itu bertepatan dengan status Yusry sebagai individu berpengaruh dan mempunyai bakat besar dalam industri kreatif serta multimedia.

“Yusry juga dipilih kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam industri animasi dan kesan khas visual yang bertepatan dengan bidang ditawarkan di TVET.

“Jadi, kami harap kriteria yang dimilikinya itu menjadi tarikan kepada belia tempatan untuk menyertai TVET,” kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran pada majlis Prapelancaran Persidangan TVET dan ikon TVET Kementerian Sumber Manusia di Kuala Lumpur baru-baru ini.