Pensyarah Kanan Pusat Sukan & Sains Eksesais UM, Dr. Teo Eng Wah berkata, program tersebut memberi peluang dan platform yang sesuai kepada mahasiswa untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan mengaplikasikannya kepada masyarakat.

“Selain mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal seperti yoga, program ini juga secara tidak langsung telah membuktikan mahasiswa mempunyai peranan yang luas sebagai ejen perubahan untuk menjadikan masyarakat lebih konklusif,” katanya lagi selaku penasihat program.

Selain sesi yoga, program itu yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat dan agensi swasta turut menampilkan aktiviti-aktiviti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah.

Oleh: Adnin Razak