Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan sebagai pelaburan dalam menentukan masa depan negara.

“Pendidikan yang baik mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik. Inilah sebab utama mengapa kami memberi tumpuan kepada usaha menolong kanak-kanak melalui bantuan sekolah.

“Justeru, setelah kami menerima permohonan untuk bantuan sekolah pada Januari tahun ini, bantuan tersebut terus disampaikan kepada sekolah-sekolah berkenaan pada bulan April,” katanya.