Kira-kira 162 Orang Asli termasuk kanak-kanak menghadiri majlis berbuka puasa itu yang penganjurannya turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Perak, Persatuan Agama Islam Sekolah Menengah Methodist, Sungai Siput dan Agensi Bantuan Malaysia.

Pada majlis tersebut, wakil yayasan itu juga menziarahi rumah sebuah keluarga Orang Asli yang mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) selepas solat Maghrib dan berbuka puasa.