Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, sambutan Aidilfitri itu begitu meriah apabila warga UMT turut sama membawa juadah masing-masing sendiri.

Majlis itu turut meraikan kira-kira 140 anak-anak yatim bagi merasai nikmat Syawal dan mereka diberikan sumbangan duit raya. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Datuk Mohammed Azlan Hashim.