Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal, Izzue Islam dan Arja Lee yang turut turun padang melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan masjid dan kawasan sekitar.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya ialah mengecat mural, membuat meja simen dan membaiki padang futsal selain penyediaan jamuan rakyat di Masjid Kampung Teluk Ira.

Program tersebut bertujuan menyemaikan nilai kecintaan belia kepada negara di samping memupuk rasa syukur kerana dilahirkan dalam negara yang aman dan harmoni.