Pengetuanya, Najamiah Mahmud berkata, kesemua murid dan guru dibekalkan dengan minuman susu dan menu sarapan sihat hasil sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, koperasi sekolah serta pengusaha kantin.

“Program ini bertujuan mempromosikan kepentingan pengambilan menu seimbang dan mempromosikan kebaikan amalan minum susu kepada warga sekolah,” ujarnya.