Program anjuran Unit Pelancongan dan Kebudayaan SK Desa Jasmin itu antara lain berkunjung ke The Lost World Of Tambun, Big Red Strawberry Farm, Mardi Agroteknologi, Cameron Bharat Tea dan beberapa tempat menarik lain di Cameron Highlands.

Menurut ketua program berkenaan, Aziz Azwan Karim, pihaknya berharap aktiviti yang dianjurkan untuk sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid merehatkan minda selepas bertungkus-lumus menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.