Pengarah program, Wan Ismail Hashim berkata, majlis yang berlangsung mulai pukul 5.30 petang itu bukan sahaja dimeriahkan dengan kehadiran penduduk setempat malah disertai wakil Masjid An-Nur, Saujana Utama.

“Selain menu utama raja buah dan rambutan yang didatangkan khas dari sebuah dusun di Slim River, Perak, tetamu turut disajikan dengan pelbagai makanan lain seperti pulut, kuah durian, pecal, nasi himpit dan laksa utara.

“Program tersebut bukan sahaja berjaya membolehkan penduduk merasai keenakan pelbagai makanan yang disajikan malah merapatkan hubungan silaturahim yang memasuki tahun ke-19,” katanya.