Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad telah dijemput untuk merasmikannya.

Ujarnya, dewan yang diberi nama Sayyidina Ummar Al-Khatab didirikan dengan kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan negeri.

Guru Besar SK Datuk Wan Mohamad Saman, Faridah Salleh berkata, dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti semasa selain dijadikan lokasi pelajar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.