Pengetua Akademi Insan Prihatin, Muhamad Shauqi Hasan berkata, majlis sambutan Aidilfitri itu diadakan sebagai penghargaan dan tanda kasih sayang pengasas rumah prihatin tersebut, sekali gus memberi pendedahan kepada anak-anak RPWP dalam menguruskan majlis.

“Kami tidak menempah 
mana-mana pihak katering untuk menyediakan juadah makanan tetapi diusahakan secara 
gotong-royong bersama seluruh warga rumah RPWP dan terdapat juga beberapa individu memberi sumbangan ikhlas berupa perhiasan majlis dan makanan.

“Warga RPWP yang terdiri daripada anak yatim, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas, asnaf fakir dan remaja bermasalah ingin menjadi contoh kepada rumah kebajikan yang lain, sekaligus membuka mata umum bahawa kami mampu berdiri di atas usaha sendiri,” katanya.