Larian sejauh tujuh kilometer itu bermula dan berakhir di kampus kolej tersebut di Taman Shamelin Perkasa, Cheras dengan melalui pusat beli-belah, Sunway Velocity Mall dan gedung perabot, IKEA.

Naib Canselor KUPTM, Prof. Abdul Razak Ibrahim berkata, larian itu juga membuktikan kesediaan warga kampus untuk sama-sama membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.