Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pemeriksaan ini dilihat dapat membantu mereka membuat persediaan awal sekiranya dikesan mempunyai masalah kesihatan hasil daripada beberapa ujian yang dijalankan nanti.

“Pihak pengurusan mengambil keputusan menetapkan staf berumur 40 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma bermula 26 Jun hingga 25 Ogos ini.

“Antara pemeriksaan yang ditawarkan oleh PKUUUM ialah ujian darah, pemeriksaan elektrokardiogram (ECG), pemeriksaan gigi, X-Ray, mental, ujian saringan mata, tekanan darah, kencing manis, kolestrol, buah pinggang, hati, jantung dan darah tinggi.

“Malah, pihak universiti juga memberi potongan harga untuk pembelian kaca mata kepada stafnya,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di universiti itu, baru-baru ini.