Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan koridor Utara (NCRC) UUM yang terdiri daripada enam kakitangan NCRC, 25 penuntut Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, tiga pensyarah pelawat dari Pengajian Luar Universiti Kyoto dan Universiti Tokai, Tokyo, Jepun.

Program itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar menerusi amalan 3R iaitu kurangkan, guna dan kitar semula.