Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Profesor Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, kunjungan itu adalah bagi meneguhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua pihak dengan pelaksanaan beberapa strategi berimpak untuk manfaat kedua-dua pihak.

“Pihak Duta Palestin turut melahirkan hasrat membantu UTeM bagi mendapatkan lebih ramai pelajar dari Palestin melanjutkan pengajian di UTeM dengan usaha sama daripada Kedutaan Palestin di Malaysia,” katanya.