Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof. Dr. Mohd. Razali Muhamad berkata, perbincangan dua hala antara UTeM dan GLUT adalah berkisar mengenai corak dan pengisian kerjasama antara dua buah universiti berkenaan.

“Kami telah berbincang untuk melaksanakan pelbagai program seperti Program Summer Camp yang mana pihak GLUT berhasrat menghantar pelajar mereka sempena Program UTeM Global Outreach 2019 yang bakal diadakan nanti.

“Turut dibincangkan mengenai visiting scholar dengan pembiayaan dana dari wilayah Guillin dengan tumpuan di dalam bidang mekanikal, elektronik, alam sekitar, teknologi maklumat dan ijazah berkembar bagi kedua-dua universiti,” katanya.