Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik UTeM, Profesor Dr. Faaizah Shahbodin berkata, pada karnival itu, UTeM mempamerkan tujuh projek inovasi yang merupakan lanjutan daripada program latihan Educator 4.0

Katanya, UTeM merupakan universiti awam pertama yang mewujudkan program latihan tersebut.

Kejayaan penarafan bagi ketujuh-tujuh projek inovasi yang dipertandingkan adalah sesuatu yang amat membanggakan dan menyerlahkan universiti itu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.