Program tersebut diadakan di dua buah sekolah sekitar negeri Melaka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak, Bukit Katil dan SK Parit Melana, Durian Tunggal.

Pengarah PKA UTeM, Prof. Madya Juhari Ab. Razak berkata, program itu merupakan usahasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berobjektif memupuk kesedaran dan penghayatan generasi muda khususnya dalam aspek kebaikan amalan kitar semula dan pembuatan sendiri baja kompos.

Jelasnya, program tersebut turut melibatkan seramai 12 orang pelajar antarabangsa dari pelbagai negara sekali gus membantu meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.