Pada lawatan itu, seramai 10 orang wakil daripada Konica Minolta Jepun hadir diketuai oleh Pengarah Urusan Konica Minolta Jepun, Hideyuki Yoshida manakala Konica Minolta Malaysia diwakili oleh Pengurus Pembuatan Digital, Mohd. Mohsein Ridzuan.

Naib Canselor UTeM, Tan Sri Dr. Shahrin Sahib berkata, lawatan itu membuka peluang untuk UTeM memperkukuhkan kerjasama strategik merentas dunia bersama pemain industri yang berprestij di peringkat global.

“Kerjasama penyelidikan bersama ini juga berfokus kepada konsep kejuruteraan masa hadapan yang berteraskan kepada revolusi industri 4.0 yang terus mendapat tempat dan memberi impak kepada peradaban dunia,” katanya baru-baru ini.