Pengarah program itu, Adri Aflah Shahrin Amri berkata, hasil daripada yuran pertandingan selain tajaan daripada C-Titan e-Sport Center digunakan bagi membeli keperluan asas untuk penghuni pusat jagaan tersebut.

“Program begini telah menjadi medan kepada golongan mahasiswa bagi berkongsi kasih sayang dan saling menghargai warga tua serta berjaya mewujudkan barisan mahasiswa yang prihatin kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM, Misdom Lan pula berkata, program yang dianjurkan oleh mahasiswa tersebut antara lain dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab Sekretariat Rakan Muda, Kelab e-Sport UTeM dan juga mahasiswa yang terlibat.