Pengarah PPP, Ahmad Kamal Mustafa berkata, setiap tahun bubur lambuk itu dimasak sendiri oleh kakitangan PPP, pengurusan kolej kediaman dan Felo Penghuni dengan menggunakan enam buah periuk serta dimasak di pekarangan Kolej Kediaman.

Pada masa sama, pelajar antarabangsa juga berpeluang merasai sendiri keenakan bubur lambuk yang menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.