Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pencapaian itu menunjukkan setiap warga universiti sentiasa komited untuk memastikan sistem tadbir urus keselamatan perlindungan pada tahap terbaik.

“Semoga UPSI terus menempa kejayaan dan mendapat pengiktirafan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Terdahulu, Pengarah Pejabat Ketua Keselamatan Malaysia Negeri Perak, Norazmi Abdullah menyampaikan sijil inspektorat AKKP kepada Dr. Mohammad Shatar bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tuanku Bainun di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Menurut Dr. Mohammad Shatar lagi, UPSI telah diaudit dari segi skop keselamatan, fizikal, keselamatan dokumen serta keselamatan peribadi.