Naib Canselor Unitar, Prof. Dr. Noor Raihan Abd. Hamid berkata, program perkongsian maklumat yang diadakan baru-baru ini antara lain bagi mempersiapkan diri setiap mahasiswa sebelum berdepan dengan dunia kerjaya sebenar.

“Unitar menawarkan pengajian yang sangat berkualiti serta seiring dengan kehendak semasa kepada pelajar.

“Justeru, tidak hairanlah graduan universiti ini mudah mendapat peluang pekerjaan sama ada sektor swasta dan kerajaan,”katanya.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama dijalankan dengan rakan industri antaranya Maxis, Sime Darby, AirAsia dan Mimos secara tidak langsung bagi memperkasakan modal insan graduan universiti berkenaan.