Penolong Kanan Kokurikulum, Rosmawati Baharudin berkata, program itu bertujuan memberikan sumbangan bakti kepada komuniti setempat.

“Siswa pendidik Unit beruniform IPGK Pendidikan Teknik bukan saja memberikan bantuan daripada aspek kepakaran tetapi juga keperluan logistik. Moga jaringan komuniti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.