Pensyarah Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia, Ibrahim Ahmad berkata, ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat peserta untuk mengenali kehidupan Orang Asli suku Temiar secara lebih dekat.

“Rata-rata mahasiswa UniKL RCMP teruja dengan sejarah dan kehidupan Orang Asli di Kampung Batu 5, Kampung Sungai Chedun dan Kampung Sungai Odak.

“Program ini juga berjaya mengubah persepsi pelajar yang sebelum ini mengangap masyarakat Orang Asli masih mundur,” katanya.