Menurut Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, pemberian biasiswa itu sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kumpulannya yang memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu pendidikan, alam sekitar dan pembangunan komuniti.

“Program biasiswa ini bertujuan menarik minat dan mengenal pasti bakat yang berpotensi serta mencari pemimpin bagi organisasi UMW pada masa depan,” katanya ketika berucap.