Timbalan Pengarah INOS UMT, Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd. Akhir berkata, pelayaran saintifik tersebut mendapat kerjasama dengan dua agensi pentadbiran kelautan China, First Institute of Oceanography dan National China Sea Marine Forecasting Center.

“Seramai 22 saintis dari negara ini dan China akan melakukan kajian bagi memahami kesan perubahan iklim dan pengaruh musim terhadap arus lautan bagi manfaat industri perikanan dan cari gali minyak,” katanya.