Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosioekonomi), BIO-D Tropika UMT, Dr. Nor Hayati Sa’at berkata, objektif program itu adalah untuk meningkatkan taraf sosioekonomi Orang Asli di kampung itu.

Setiap peserta dibekalkan dengan empat sarang lebah kelulut secara percuma bagi memudahkan dan memendekkan masa tuaian.

Pihak UMT turut menyediakan peralatan tuaian madu, botol madu, anak pokok air mata pengantin dan anak pokok jambu sebagai sumber madu kepada kelulut.