Dalam lawatannya itu, Khalid sempat memberikan beberapa nasihat kepada penghafal al-Quran supaya lebih tabah dalam menghabiskan hafalan.

“Tidak ada yang lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah melainkan hafiz Quran kerana di dalam dada mereka terdapat ayat suci. Jika mahu berjaya, buatlah sesuatu kerja itu kerana Allah dan kamu akan dibantu dan diberi petunjuk,” katanya.

Turut mengiringi mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam As Sofa, Mohd. Sufi Ibrahim.