Melalui MoU tersebut, UKM dan PWS berkerjasama dalam mengguna pakai kaedah wakaf bagi mewujudkan infrastruktur jangka panjang bagi memenuhi keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik di universiti tersebut.

Naib Pegawai Eksekutif PWS, Anuar Hamzah Tohar berkata, MoU itu turut memperincikan pengurusan dana wakaf bagi memudahkan urusan penerimaan dana berbentuk tunai dan aset daripada alumni dan warga UKM.

Turut hadir Pengarah Yayasan Canselor UKM, Ahmad Zakie Ahmad Shariff.