Majlis penyerahan bendera Kontinjen UiTM ke Sukipt 2018 disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said kepada Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Dr. Mohd. Bahrin Othman selaku Ketua kontinjen UiTM.

Abdullah berkata, UiTM mengambil bahagian kesemua 27 acara yang dipertandingkan pada temasya sukan tersebut.

Pada temasya sukan yang berlangsung pada 2 hingga 10 Februari itu, UiTM muncul sebagai naib johan apabila berjaya menggondol 42 pingat emas, perak (37) dan gangsa (35).

UPM yang muncul juara meraih 44 pingat emas, perak (41) dan gangsa (33).