Program itu bertujuan menyediakan kemudahan lengkap nurseri tumbuh-tumbuhan sebagai tempat penanaman buah rock melon secara holistik bagi pelajar dan warga kampus dalam memahami industri fertigasi.

Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Muslim Manja berkata, pihaknya telah menaja 400 unit polibeg rock melon kepada Kelab My Agrosis, UiTM Kampus Kuala Pilah bagi menjayakan program tersebut.

“Saya berharap program ini dapat meningkatkan minat pelajar dan warga kampus UiTM untuk menceburi industri yang berasaskan pertanian secara moden,” katanya.