Kemenangan itu diperoleh melalui aplikasi Examination Invigilation System (EIS) yang dibangunkan oleh Pensyarah Kanan Sains Komputer/Pengerusi Data dan Maklumat Penyelidikan dan Inovasi UiTM, Zamri Abu Bakar.

“Saya berharap sistem EIS ini akan diguna pakai di peringkat dalaman UiTM bagi memudahkan pengurusan peperiksaan serta kolej-kolej dan pihak sekolah,” katanya.

Pertandingan tersebut melibatkan 39 penyertaan di UiTM Dengkil itu merupakan inisiatif pihak Pusat Asasi untuk mengetengahkan hasil pemikiran dan daya kreativiti dalam kalangan warganya.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah Akademik, Penyelidikan dan Inovasi UiTM Kampus Dengkil, Dr. Ikhwan Naim Md. Nawi dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Dengkil, Zaidi Yaacob.