Program yang melibatkan pelajar kursus Kor Pengucapan Awam semester tiga itu bertujuan meningkatkan kemahiran pengucapan.

Pensyarah yang juga penasihat program, Nur Syaidatul Kamar Md Shah berkata, aktiviti seperti itu diharapkan dapat membantu pelajar sekolah mempelajari teknik bercakap di khalayak ramai, meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis.

Katanya, sebanyak 150 pelajar tingkatan tiga dan empat sekolah itu mengikut aktiviti tersebut.

“Kita juga berharap program seperti ini dapat merapatkan silaturahim serta kerjasama baik antara pelajar UiTM dan SMK Tengku Kudin,” katanya.