Pengarah Pusat Pembangunan Sukan UIAM, Roestam Effendi Sijar berkata, program itu diadakan untuk menghargai jasa staf terhadap pembangunan sukan.

“Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah pasukan lelaki dan wanita terbaik, jurulatih terbaik, pengurus pasukan terbaik dan olahragawan dan olahragawati terbaik.

“Mereka merupakan atlet yang banyak menyumbang pingat melalui temasya Sukan Kakitangan Universiti Malaysia, Sukan Kakitangan Badan Berkanun, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia dan sebagainya,” katanya.