Antara yang menyertainya ialah tukang urut, tukang gunting, tukang jahit, mekanik, penggali kubur, bidan dan guru silat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, Pakar yang julung-julung kali ditubuhkan di Terengganu secara tidak langsung mengiktiraf kerjaya berkenaan.

“Penubuhan Pakar juga bagi memudahkan ahli-ahlinya dibantu menerusi pelbagai dana dari kerajaan,” katanya.