Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Johor, Datuk Baderul Sham Saad berkata, bantuan itu melibatkan pelajar dari lima kawasan Parlimen iaitu Tenggara, Pasir Gudang, Ledang, Pontian dan Batu Pahat.

Bagi Parlimen Tenggara, sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Halimah Mohamed Sadique di Dewan Bandaran Kejora, Bandar Tenggara, Kota Tinggi baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 200 pasang pakaian sekolah, beg dan alat tulis diagihkan kepada pelajar melibatkan lapan buah sekolah di Parlimen Tenggara.