Tengku Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muazzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyampaikan sumbangan duit raya dan makanan serta berbuka puasa bersama penduduk.

Program tersebut turut dihadiri oleh anakanda Pemangku Raja Pahang, Tengku Puteri Ilisha Ameera Tengku Abdullah; Pegawai Daerah, Datuk Tengku Nor Asmaliza Ku Lah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa’ad.