Wakil pelajar, Chen Zhe Rui berkata, tujuan program diadakan adalah untuk memberi impak kelestarian kepada komuniti melalui aspek landskap sesuai dengan apa yang dipelajari peserta di bilik kuliah.

“Para peserta telah memilih untuk menanam pegaga, peria, bunga telang dan pudina untuk program ini.

“Kesemua tanaman disemai ke dalam botol minuman plastik terbuang, disusun di atas bingkai-bingkai yang disediakan dan diletakkan di dinding bersebelahan gimnasium muay thai di Spacerubix, Puchong,” katanya.