Program yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu merupakan kerjasama antara Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Persatuan Arborist Malaysia.

Antara tujuan utama program tersebut dianjurkan ialah bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar selain meningkatkan nilai estetika di kawasan setempat.

Selain menanam pokok, aktiviti pembersihan Sungai Kuyoh turut dilakukan pada program tersebut.