Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPP, Ir. Syed Jaafar Idid Syed Abdyillah Idid.

Menurut beliau, majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan yang diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama yang baik dalam kalangan kakitangan.

“Selain itu, pihak kami ingin menjadikan membaca al-Quran sebagai budaya hidup seharian kita di samping dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain,” katanya.