Program tersebut turut mendapat penglibatan pelajar Malaysia di sana dan wakil sukarelawan badan bukan kerajaan dari beberapa buah negara seperti Kanada, Kenya dan Thailand.

Penyelaras program, Mohd Khairone Md. Khatidin berkata, aktiviti tersebut diadakan bagi menyelami dan mengambil iktibar daripada kesusahan yang dialami oleh masyarakat di luar negara tanpa mengira sempadan.

“Dalam misi sukarelawan ini, pihak kami telah mengadakan agihan makanan kepada gelandangan dan membantu mengemas serta membersihkan rumah masyarakat di kawasan setinggan,” katanya.