Seramai 65 penduduk kampung diberikan pemeriksaan kesihatan percuma untuk memastikan tahap kesihatan mereka memuaskan selepas banjir berlaku minggu lalu.

Menurut jurucakap MRA, pihaknya telah bekerjasama dengan sukarelawan dari Royal College of Medicine di Ipoh, Perak, Universiti Kuala Lumpur dan Gerakan Belia 4B Pulau Pinang.

“Para sukarelawan ini telah membantu membersihkan kediaman penduduk kampung di samping menyumbang peralatan elektrik dan alat penapis air,” katanya.