PRIHATIN. Seramai 20 orang pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor menjayakan program komuniti Touch Point Cabinet Away Day (CAD) 2017 di sekitar daerah itu baru-baru ini.

Tiga buah rumah di Flat Taman Cendana dan dua di Taman Mawar dipilih untuk dibaiki seperti mengecat, membaiki paip dan tandas yang dilakukan oleh sukarelawan kolej berkenaan secara percuma.

Program dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad yang turut memuji usaha berkenaan.