Pengusaha Taska, Fadhili Fathil berkata, program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa dan kanak-kanak di taska tersebut.

Menurutnya, program ini dijalankan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum dan menyemai erat silaturahim dalam kalangan kanak-kanak, guru dan ibu bapa.

Selain itu, acara tersebut juga dapat membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan semua peserta.