Pengerusi Sepakat Sungai Petani, Munawir Ridzwan berkata, Ros kini terlantar akibat strok dan kini berada di rumah kakaknya, Rakiah Puteh, 56, di kawasan berhampiran.

“Ros tinggal bersama isteri dan enam anaknya yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun. Kami amat bersimpati dengan nasibnya dan segera memberi pertolongan,” katanya.

Kerja-kerja gotong-royong turut disertai oleh penduduk kampung yang turut menghulur sumbangan seperti makanan dan wang.