Pertandingan peringkat kebangsaan diadakan buat pertama kali itu dianjurkan SBPI Gombak bersama My Conceptual Robotics (MyCRO) Sdn. Bhd. dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kuala Lumpur dan Leave A Nest Malaysia.

Bertemakan Bandaraya Hijau dan Pintar, setiap peserta diminta untuk mereka bentuk bandar raya pada masa hadapan dengan ciri-ciri hijau dan pintar dengan menggunakan pencetak tiga dimensi (3D) yang disediakan oleh MyCRO.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Pengasas MyCRO, Darween Reza Sabri berkata, selain kemahiran dalam mereka bentuk dan mencetak prototaip menggunakan pencetak 3D, para peserta perlu bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan yang dirancang.