Menurut Pengetua SMKTD, Roslina Ahmad, majlis tahunan ini turut dibantu oleh pentadbir,guru,ibu bapa dan pelajar-pelajar.

“Sebanyak RM3,000 dana dapat dikutip daripada ibu bapa bagi menjayakan majlis tahun ini. Selain daripada pelajar, kami juga turut menyerahkan sumbangan bungkusan kepada surau dan rumah anak-anak yatim yang berdekatan,” katanya.