Pasukan sekolah itu membawa pulang hadiah utama RM50,000 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Dr. Zainal Aalam Hassan.

SMK Tinggi Melaka berjaya menarik perhatian juri dengan projek aplikasi mudah alih yang dicipta untuk membantu pelajar mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam bentuk peta minda, dikenali sebagai ‘Histomap’.

Ketua pasukan, Muhammad Anis Firdausi Hazmi berkata, pengiktirafan yang diberikan dengan kemenangan tersebut adalah sebagai salah satu pendorong untuk meneruskan lagi projek ini supaya boleh membantu masyarakat di tempat mereka.